Saturday, 6 January 2018
Fadhilat Memelihara Solat Sunat Dhuha. Ramai Yang Tak Nak Buat
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.
Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekiar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari (sebelum masuk waktu zohor).
Solat sunat boleh dhuha dikerjakan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat, enam rakaat atau 8 rakaat. Saidina Ali r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersolat dhuha 6 rakaat, pada 2 ketika iaitu ketika terbit matahari 2 rakaat dan ketika matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak 4 rakaat.
Selepas membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah surah As-syams.
Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah, dibaca surah al-dhuha atau Al-Lail.
(Catatan : Jika tidak hafal surah yang disarankan di atas, boleh dibaca surah yang lain. Asalkan niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Solat ini juga sebagai simbolik kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya kerana dikurniakan lengkap 360 ruas tulang pada setiap hari yang dilaluinya. Justeru itu, pagi yang penuh nikmat Ilahi ini disyukuri dengan menyembah Allah, sebagai tanda terimakasih seorang hamba kepada penciptanya.
Kelebihan yang lain:
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.
Sumber: darahatiku
0 Response to "Fadhilat Memelihara Solat Sunat Dhuha. Ramai Yang Tak Nak Buat"
Post a Comment