8 Rahsia Personaliti Anak Bongsu Yang Perlu Anda Tahu! Tag Siapa Anak Bongsu tu






Image result for 8 Rahsia Personaliti Anak Bongsu Yang Perlu Anda Tahu!


Rahsia Personaliti Anak Bongsu

1. Manja

Anak bongsu memiliki sifat yang fun (menyenangkan), manja dan happy go lucky. Ada sesetengah anak bongsu terutamanya perempuan, melihatkan karekter manja yang keterlaluan hingga sukar untuk dikawal.

Jadi, berpada-padalah mengawal dan menunjukkan kemanjaan anda, jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang-orang yang anda sayangi.

Ini kerana anak bongsu sudah mempunyai saudara lelaki ataupun perempuan diatasnya. Jadi hidup anak bongsu terasa sempurna (complete) kerana memiliki pelindung yang akan sentiasa menyebelahi mereka jika sesuatu terjadi. Secara ringkasnya, anak bongsu manja dengan ahli keluarga dan juga orang yang rapat di sekelilingnya.

2. Peramah

Anak bongsu kebanyakannya bersikap peramah dan mudah didekati. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. Bagi anak bongsu, dunia ini merupakan 'taman permainan' mereka. Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap, menilai diri mereka dan suka mendapat perhatian.

Mungkin benar dengan kenyataan di atas. Anak bongsu peramah disebabkan dia telah biasa berkomunikasi dengan semua ahli keluarga semenjak kecil lagi dan biasa bergaul dengan ramai orang. Pergaulan dan persekitaran tumbesaran akan mempengaruhi ciri dan personalti individu terbabit.

3. Berani mencuba sesuatu

Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Anak bongsu ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Sesekali, kita akan terlihat sikap mementingkan diri sendiri dalam personaliti anak bongsu terbabit.

4. Bergantung Pada Orang Lain

Kebergantungan kepada ibu bapa juga lebih daripada anak sulong. Mereka lebih memahami ibu bapa, kerana pernah tinggal dalam jangkamasa yang agak lama dengan ibubapa, Ibu serta bapa (3 beranak) sebelum Anak bongsu itu besar dan membina keluarga sendiri.

5. Agak Boros

Anak bongsu selalu boros dan kurang suka menabung kerana kurang suka perhitungan dalam kehidupan. Anak bongsu juga kurang gemar merancang kewangan mereka melainkan telah timbul kesedaran untuk berbuat begitu. Anak bongsu amat pemurah, gemar berkongsi barangannya dengan orang lain dan tidak kedekut.
Sebab itu anak bongsu memiliki abang dan kakak untuk jadi tempat rujukan sekiranya mereka mengalami masalah kewangan.

6. Bersifat terbuka (open minded)

Anak bongsu ini umumnya mempunyai badan paling sihat, jarang mengalami sakit apatah lagi yang sakit yang berat-berat, dan biasanya paling awet muda diantara anak-anak yang lain (baby face). Mereka suka bercerita hal peribadi mereka kepada sesiapa, terutamanya kepada ibu bapa. Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.

Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza. Ada ketikanya anak bongsu kena berahsia jika berkaitan hal peribadi atau kisah keluarga. Jika tersilap langkah, ia boleh memakan diri sendiri.

7. Seorang pengikut yang setia

Anak bongsu kurang sesuai untuk menjadi seorang pemimpin kerana kurang tegas (tetapi tidak semua begitu). Anak bongsu adalah seorang pengikut (follower) yang setia dan sahabat yang baik. Dia pandai menjaga hati sahabatnya. Anak bongsu adalah individu yang senang berkompromi dan mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia dan mereka senang melihat kebaikan yang ada pada orang lain.
Oleh sebab itu, individu yang senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.

8. Tidak cerewet

Mengikut pengalaman saya lagi, anak bongsu tidak cerewet orangnya. Mereka akan makan dan pakai apa sahaja yang diberikan oleh kedua orang tua mereka. Ada sesetengah keluarga mengamalkan 'recycle' kepada pakaian saudara yang tua untuk diberikan kepada anak bongsu. Oleh kerana sudah biasa dengan keadaan begitu, kebanyakan anak bongsu faham dan dengan rela hati menggunakan barang yang telah digunakan oleh kakak atau abang mereka.

Setiap orang memiliki karekter dan rahsia personaliti yang berbeza. Faktor persekitaran, genetik, tarikh dan bulan kelahiran sedikit sebanyak mempengaruhi personaliti mereka. Jadi, tidak semestinya personaliti yang tidak elok mempunyai pengaruh negatif kepada orang lain kerana setiap individu mempunyai hak untuk memilih yang terbaik untuk hidup dan kehidupan masing-masing.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

sumber: darahatiku








0 Response to "8 Rahsia Personaliti Anak Bongsu Yang Perlu Anda Tahu! Tag Siapa Anak Bongsu tu"

Post a Comment