Thursday, 18 January 2018
Panduan Solat Sunat Taubat Dengan Ringkas Dan Padat. Kalau Berzina Taubat Nasuha !!
CARA SOLAT TAUBAT
Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?
Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.
Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.
Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.
Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah. Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.
Berikut ialah teks gambar di atas tentang panduan dan cara solat taubat:
Sembahyang Sunat Taubat
Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:
Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Mengerjakannya
Lafaz Niat:
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.
surah-al-kafirun-rakaat-pertama-solat-taubat
Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:
dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.
Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai- ramai seperti berikut:
Maksudnya: “Aku minta ampun dari Allah.” (3X)
Maksudnya: “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.”
Maksudnya: “Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.”
Maksudnya: “Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.”
Maksudnya: “Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.”
Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.”
Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.”
Maksudnya: “Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”
Maksudnya: “Dan agama Allah sebagai agama kami.”
Maksudnya: “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.”
Maksudnya: “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.”
Maksudnya: “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”
Akhir kata, semoga artikel tentang cara solat taubat ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah.
sumber nasihatustazz
0 Response to "Panduan Solat Sunat Taubat Dengan Ringkas Dan Padat. Kalau Berzina Taubat Nasuha !!"
Post a Comment