Sekiranya blender (pengisar) anda berbau bawang atau cili, anda masih boleh merasakan keenakan jus dengan menggunakan blender sana. Cuma, bau tersebut perlu dihilangkan terlebih dulu.
Cara-caranya, anda hanya perlu ada limau nipis 3 atau 4 biji. Hiris limau nipis dan masukkan ke dalam blender, kemudian masukkan air. Kisar blender tersebut. Kemudian basuh blender macam biasa. Anda akan dapati bau pada blender dah hilang. Kini anda dapat mengisar jus minuman dan rasanya pun lebih enak.....cuba ya
Baca juga: PETUA DAPUR YANG PERLU ANDA TAHU
Halau Kutu Beras
Beras yang disimpan lama selalunya akan terdapat kutu beras. Untuk menghalau kutu2 beras ini, ambil beberapa helai daun serai, disimpul dan letakkan di dalam bekas simpanan beras itu. Dalam beberapa jam, anda akan dapati kutu2 beras itu akan keluar, mungkin kerana tidak tahan dengan bau daun serai itu.
Kurangkan Bau Petai
Untuk mengurangkan bau petai, rendam petai ke dlama air basuhan beras selama setengah jam.
Bawang Goreng Garing Lebih Lama
Untuk mengelakkan bawang goreng cepat lemau, rendamkan hirisan bawang yang hendak digoreng ke dalam air garam untuk beberapa ketika. Selepas itu bolehlah menggoreng. Hasilnya sangat menakjubkan.
Kuali Tidak Melekat
Untuk mengelakkan bahan gorengan melekat pada kuali, sebelum menggoreng, masukkan beberapa keping asam gelugur semasa kuali sedang panas. Lepas itu masukkan bahan yang hendak digoreng.
Tanggalkan Kesan Getah Nangka
Untuk menghilangkan getah nangka yang melekat di tangan atau di pisau, gosokkan hampas kelapa pada bahagian atau mana-mana tempat yang terdapat getah nangka. Anda dapati ianya sangat mudah ditanggalkan.
Hilangkan bau
Jika bekas makanan atau minuman terutamanya bekas plastik yang bertutup berbau, rendamkan hampas teh di dalam bekas makanan berbau itu semalaman. Keesokan harinya basuh seperti biasa. Anda akan dapati bau telah hilang.
Daun Kari Halau Lalat
Ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di tempat-tempat yang selalu dihurungi lalat. Aroma daun kari mampu mengahalau lalat dan anda tidak perlu menghalau lalat secara manual.
0 Response to "Ini Cara Untuk Hilangkan Bau Blender Dengan Menggunakan Bahan Ini."
Post a Comment