Anda Perlu Tahu Waktu Yang Sesuai Memotong Kuku.
1. Seminggu sekali sebaik-baiknya hari Jumaat
Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya :
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
2. Bila dalam keadaan bersih maksudnya wanita yang tidak dalam tempoh haid
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub (tidak suci).
3. Memotong kuku jika kuku sudah kelihatan panjang
Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”(Hadis riwayat Muslim)
P/S : Oleh itu marilah kita amalkan menjaga kebersihan diri agar hidup kita lebih sihat dan terhindar daripada penyakit yang berjangkit. Menjaga kebersihan diri haruslah juga dijadikan amalan daripada kita kecil lagi dan saya berharap waktu sesuai memotong kuku di atas boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudhu atau mandi junub, jika air tidak sampai atau terhalang sampai ke kuku.
Mohon perbetulkan saya sekiranya ada yang tersilap dalam artikal ini di ruang komen.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
gambar hiasan
sumber darahatiku
0 Response to "Tolong Potong Kuku Waktu Ni, Tapi Ramai Tak Nak Ikut."
Post a Comment