Thursday, 11 January 2018
Tahniah Dato Siti Untuk Jantina Anak, Tahniah Sekali Lagi Kepada Dato CT Serta Dato K Semoga Di Beri Kesihatan Yang Baik
Sebelum ini Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan yang beliau telah hamil dan akan melahirkan zuriat pada bulan March ini. Ramai peminat-peminat tertanya-tanya tentang gender anak yang dikandungnya. Sempena hari ulang tahun kelahiran beliau hari ini, Dato Ct dan Dato K telah mengumumkan jantina anak mereka..wow mesti comel puteri mereka nantikan.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Dato’ CT
Artikel berkaitan
TEKA-TEKI mengenai berita kehamilan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab apabila penyanyi tersohor itu mendedahkan dia kini sedang hamil empat bulan.
Siti, 38, mendedahkan mengenai perkhabaran gembira itu dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang Selangor pada malam Jumaat.
“Selama ‘menyepi’ seketika banyak berita dan spekulasi mengenai diri saya yang diperkatakan dan dikongsi atau tular di media sosial.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/13/siti-nurhaliza-hamil/~/media/8bc0083ca6004538991fc616a7c82133.ashx?la=en
Siti mengumumkan sedang hamil empat bulan.
“Namun saya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana ada fokus tersendiri selama waktu saya berehat ini.
“Setelah melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dan suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa saya sedang hamil empat bulan,” katanya menerusi sidang media khas itu.
Selain itu Siti mendedahkan dia sebelum ini pernah beberapa kali melakukan rawatan feterliti (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata dan bersyukur usaha itu akhirnya berjaya.
Siti Nurhaliza tenang menjawab soalan wartawan.
“Sebelum ini ada bertanya sama ada saya tidak berusaha mendapatkan cahaya mata dan sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba lakukan rawatan feterliti.
“Alhamdulillah selepas 11 tahun berkahwin, akhirnya Allah memberikan kami rezeki dan tiada kata dapat menggambarkan perasaan saya.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya dan suami dikurniakan cahaya mata. Saya hargai setiap doa anda,” katanya.
Seri ibu mengandung.
Turut hadir pada sidang media itu adalah suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan ahli keluarganya.
Pada Julai lalu, kecoh apabila kononnya satu sampel darah individu dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya oleh sebuah hospital.
Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.
Datuk K dan Siti gembira bakal dikurniakan cahaya mata.
Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.
Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu baru berusia dua bulan.
Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006.
Sumber:mstar via buletinsemasa
0 Response to "Tahniah Dato Siti Untuk Jantina Anak, Tahniah Sekali Lagi Kepada Dato CT Serta Dato K Semoga Di Beri Kesihatan Yang Baik"
Post a Comment