Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus, Dipersilakan Share Untuk Semua





Image result for ustaz azhar



Sesi Soal Jawab UAI di Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor..(semalam)
Soalan Pertama:Apakah hukumnya lebarkan kangkang supaya kita rasa selesa semasa duduk tahiyyat akhir sedangkan orang sebelah tersepit?

Jawapan UAI:x boleh beri mudharat kepada orang lain..sebab tu nabi larang duduk dalam majlis dengan tangan dan berlunjur kaki..pasal apa nabi larang?..pasal 6 orang x boleh duduk kalau kita buat macam tu..maka apatah lagi kalau dalam sembahyang..jangan kangkang..jangan tutup rapat..biar satu jengkal..kalau ramai2 kita duduk rapat2..imam syafie kata aku suka duduk tahiyyat akhir dengan tawwaruj..dan duduk tahiyyat awal dengan iftiraj..tapi kalau terlalu ramai kita duduk iftiraj..

Soalan No.2:Apakah hukum ambil gambar dengan pokok krismas?

Jawapan UAI:Haram hukumnya ambil gambar dengan pokok krismas jikalau bertelanjang..pokok krismas x dosa..perayaan orang kafir kita x boleh merayakan..ambil gambar dengan pokok krismas tu bukan merayakan tetapi menggambarkan..jangan kita pakai macam santa clause kerana tu pakaian agama lain..

Soalan No.3:Tanah yang ditinggal oleh ibu bapa tidak ditukar nama sedangkan anak menerima wasiat..bagaimana keadaan jasad si arwah?

Jawapan UAI:Soalan ini memang salah dah..tidak ada ibu bapa yang ada harta wajib wasiat..wajib wasiat ini jika ada hutang yang wajib..kalau harta x hutang orang..sunat kita wasiat..wasiat bukan untuk anak2..ramai orang x faham..bila ibu bapa kamu mati..hukumnya faraidh lah..orang yang wajib makan harta pusaka 4 golongan..contoh kalau suami mati..yang wajib dapat bini kita..ayah kita..mak kita..anak kita..kalau isteri mati..yang wajib dapat suami dia..mak ayah isteri..anak2 isteri..tidak sah kalau kita nak wasiat kepada anak2..siapa yang dapat pusaka maka tidak sah wasiat kepada dia..wasiat untuk orang yang x dapat harta..

Soalan No.4:Bolehkah laki2 perempuan berjumpa sebelum bertunang?..sedangkan mereka sudah bercadang untuk mendirikan rumah tangga..

Jawapan UAI:Boleh la jumpa..sorang laki2 tanya Rasulullah..Ya Rasulullah 'saya minat pada seorang muslimat'..pendek cerita lah..jadi macam mana..nabi kata 'kamu beritahu x kepada dia'..sahabat tadi kata x beritahu..nabi kata 'pergilah beritahu dia'..jadi kalau kita minat seorang perempuan..pergi jumpa dia..islam x larang berjumpa..dengan syarat ada orang teman..sama ada yang teman itu mahram atau orang ramai..ada panduan..

Soalan No.5:Apakah hukum orang yang baik didepan tetapi kutuk mengutuk dibelakang?

Jawapan UAI:Nabi kata 'aku diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia'..nabi tunjuk contoh akhlak terbaik..siapa yang x tinggal baik didepan buruk dibelakang..maka dia bersama dengan orang munafiq dipadang masyar nanti..nauzubillah..

Soalan No.6:Apa hukum orang islam ucap selamat kepada orang kafir?

Jawapan UAI:x boleh..untuk orang kafir kita ucap happy holiday..selamat bergembira..jangan ucap selamat hari raya kepada orang kafir..ucap tahniah hari natal..sudah cukup..kerana ramai yang mengatakan haram..kita nak meraikan perkataan ulama' orang yang mentauhidkan Allah dalam kehidupan ini..

Soalan No.7:Betulkah kalau kita bercinta dengan seseorang dan kita cakap kita nak nikah dengan dia..itu sudah bernikah?

Jawapan UAI:Betul..orang itu sudah tidak betul..siape ajar mung bernikah macam tu..rukun nikah iaitu dua pengantin laki2 perempuan..wali..saksi..ijab qabul..ni baru jadi suami isteri..kalau cakap saya nak berkahwin dengan awak..itu meminang..bila pihak laki2 berkata 'saha mahu jadikan awak isteri saya'..dalam islam sudah dikira meminang..walaupun tidak ada upacara rasmi..kalau perempuan tu jawab 'saya setuju'..sudah dikira bertunang..

Soalan No.8:Sembahyang tiang agama tetapi kenapa kita masih lagha dalam agama?

Jawapan UAI:Kerana tiang itu tidak kuat..jadi kalau sembahyang kita cantik kusyuk..baru ada kekuatan..hp mahal 8k sekalipun..kalau tidak caj..tetap x boleh guna..tapi kalau nokia 3310..kalau caj..boleh cakap..kalau sembahyang kita tidak ada power..x boleh mencegah kita..

Soalan No.9:Kalau tengah azan..boleh x kita angkat suara?

Jawapan UAI:Tengok tujuan..kalau angkat suara untuk perkara darurah..boleh..kalau saje2 berbual..x boleh..makruh..kalau cakap kuat mengganggu orang azan..haram..

Soalan No.10:Apakah rahsia ustaz rezeki melimpah ruah dan ramai followers?

Jawapan UAI:Rezeki kita sama sahaja..orang kenal kita..dia tahu la..saya sama macam orang lain jugak..biasa2 sahaja..x sampai lagi tahap orang banyak duit..x sampai lagi tahap orang senang macam orang kaya lain..budak2 je buat cerita kita ni orang kaya..syukur kepada Allah sebab kita dapat buat benda2 agama..itu yang terbaik..ade orang kata kutip derma tu untuk kita malam2 kuliah..kepala hotok mung..kalau nak mengajar..jangan nak demand..tidak ada keberkatan..ramai orang minat pulak?..masing2 la..ustaz lain pun macam tu jugak..ustaz lain pun ramai orang minat jugak..

Soalan No.11:Kuliah subuh ada jemaah yang berkumpulan..ada jemaah yang lari membelakangkan ustaz yang sedang mengajar..

Jawapan UAI:Mereka ada kerja la tu..kuliah subuh kalau ada orang balik..mereka nak hantar anak sekolah dan sebagainya..jadi jangan suudzon..jadi jangan kita sangka buruk..melainkan mereka duduk luar dekat belakang sembang ramai2..tu baru x betul..bila kita sangka baik kepada orang..Allah akan bantu kita..bila kita sangka buruk kepada orang..Allah x kan bantu kita..

Soalan No.12:Suami beritahu kepada isteri..'jikalau kamu keluar rumah sepanjang aku tiada..aku akan ceraikan kamu'..adakah jatuh talak?

Jawapan UAI:Dengar baik2..kalau kata saya akan ceraikan awak..x jatuh talak dulu kini selamanya..yang jatuh talak awak sudah dicerai..saya sedang menceraikan awak..saya cerai awak dengan satu talak sekarang..saya akan cerai..tidak jatuh..saya akan cerai awak bila2 masa mulai dari sekarang..tidak jatuh..yang jatuh telah dan sekarang..saya telah meneraikan awak..jatuh..saya sedang menceraikan awak..jatuh..saya akan..x jatuh..ingat sampai mati..

Soalan No.13:Apakah hukum sambut tahun baru di pesta neon?..suasana seperti di kelab malam..

Jawapan UAI:Lampu kalau macam kelab malam..x pe..apa yang kamu buat?..lampu tidak ada kaitan..tapi kalau bawak perempuan2 jantan2 pegang sana sini..hukumnya haram..

Soalan No.14:Boleh x kalau saya jadi tukang collect check jual beli arak?

Jawapan UAI:x boleh..kalau berkait dengan arak..nabi laknat bukan yang minum sahaja..10 golongan..tukang tanam..tukang perah..tukang kilang..tauke kilang..tukang driver..tukang pikul..tukang susun..tukang jual beli..tukang order..yang menguruskannya..termasuk tukang collect..hukumnya kena laknat..laknat ni maknanya doa daripada malaikat kepada dia sepanjang hari dengan celaka kamu celaka kamu..celaka orang ini..binasa orang ini..24 jam sehari didoakan kecelakaan oleh malaikat..

Soalan No.15:Apakah hukum laki2 pakai celak?

Jawapan UAI:Boleh pakai kalau celak nabi..yang x boleh pakai celak wanita..nak pakai celak hitam..yang letak bawak alis mata ni..mata kita jadi cerah..susah kena penyakit..dan rupa kita jadi cantik menawan..jangan pakai yang orang perempuan punya eye shadow tu..tu x boleh..

Soalan No.16:Cara wudhu atau tayammum jika tangan disimen dan tidak boleh sampai air itu dianggota wudhu?

Jawapan UAI:Satu qaul kata kita lalukan debu atas balutan itu..cuma ingat..kalau kita ada patah..nak masuk simen..sebelum tu amik wudhu dulu..supaye bile kite tayammum nanti..tidak perlu qada..kalau dari siku sampai hujung kena simen dekat tangan kiri..lepas amik wudhu basuh muke..basuh tangan belah kanan..lepas tu tayammum muke kamu sekali..tangan kanan sekali dan atas simen semua sekali..ade qaul mangatekan demikian..lepas tu basuh kepale..dua telinge..kaki kanan dan kaki kiri..
.
Soalan No.17:Saya ada banyak duit haram..duit judi..tapi dah taubat..macam mana nak guna duit itu?

Jawapan UAI:Harta haram ada dua jenis..satu harta haram yang terlibat dengan harta manusia..yang kedua harta haram kepada Allah..harta haram dengan manusia contoh dulu dia curi motor tok imam..maka taubat kita tidak diterima melainkan kita pulangkan balik motor tu kepada tuan dia..dulu pernah curi kuih..harge kuih rm2.60..wajib kena pulang balik..tu baru rm2.60..kalau 2.6 billion..jangan politik..kalau harta haram kita dengan Allah..contoh jadi pramugari kene tuang arak..maka gajinya haram..sekarang sudah bertaubat..maka gajinya 10k dulu x wajib pulang kepada siapa2..yang tu boleh dibelanjakan..kerana Allah sudah maafkan..serahkan perkara itu kepada Allah..Allah ni maha pengampun maha penyayang..yang ketiga..berjudi dapat duit..sebaik baiknya..duit tu sedekah untuk maslahat orang ramai..derma jihad dan sebagainya..

Soalan No.18:Jika seseorang itu dia buat dosa besar..boleh x dia masuk dalam masjid?

Jawapan UAI:Boleh la..yang x boleh buat dosa besar dalam masjid..sahabat dulu ada yang kafir..ada yang minum arak..sembah berhala..berzina..ada bunuh orang..ada berjudi..bila mereka islam..mereka orang yang mengimarahkan masjid..mereka memakmurkan masjid..

Soalan No.19:Apakah hukum onani sebelum baligh?

Jawapan UAI:x boleh..yang kata boleh tu satu qaul dalam mazhab hanbali dalam keadaan sangat2 takut jatuh pada zina..tapi kita pakai yang paling kuat Nabi kata 'orang muda2 kalau x mampu kahwin..bersyahwat..puasa'

Soalan No.20:Rukun qauli yang sah macam mana..bisikan macam mana?..selalu saya x dengar suara imam walaupun ada mike ditepi mulut imam..

Jawapan UAI:Sembahyang rukun 13 ni ada 4 rukun qauli..takbirratul ihram..fatihah..tahiyyat akhir..memberi salam..4 ni rukun qauli..makna rukun ialah mesti sah sesuatu ibadat kalau x buat..x sah..makna qauli pulak lafaz daripada suara manusia..maknanya mesti berbunyi..volume yang pertama mendengarkan telinga kita seorang sahaja..afdhol..volume yang kedua orang sebelah dengar..harus..volume yang ketiga kita baca orang yang ketiga dengar..makruh..volume keempat baca kuat2 sampai mengganggu imam..mengganggu majlis..haram..volume yang kelima baca x berbunyi..50% sembahyang macam ni..x sah..

Soalan No.21:Apakah maksud syurga bukan percuma?

Jawapan UAI:Maknanya kita nak dapat benda yang baik bukan free..basikal pun mung kena bayar..apatah lagi kalau nak masuk syurga..dua tiket nak masuk syurga..beriman dan beramal soleh..x de dua nieh..go to hell.

Soalan No.22:Andai ibu telah buat dosa banyak dan dia telah melakukan solat sunat taubat dan dia meneruskan amalan2 lain dan kewajipan..adakah amalan lainnya akan diterima?

Jawapan UAI:Kalau dia dulu pernah buat jahat..sekarang dia buat baik maka perbuatan baik dia itu akan menghilangkan kejahatan dia pada masa lalu..sesungguhnya kita buat benda2 yang baik itu..ia akan menghilangkan kesalahan dosa yang buruk2 pada masa lalu..maka berlumba2 lah kamu dalam buat benda yang baik..

Soalan No.23:Kenapa surau tidak membenarkan jemaah tabligh menggunakan dapur di surau?

Jawapan UAI:Mana aku taw..tanya aja masjid la..kadang2 dia ada sebab yang munasabah..maka kita kena akur..kadang2 membabi buta melarang orang..x bagus jugak..dalam islam ni kita kena tolong menolong..nak tidur dalam masjid..boleh..adab2 masjid perlu dijaga..jangan kotorkan masjid..

Soalan No.24:Kita nak masuk surau..nak bagi salam kuat atau perlahan?

Jawapan UAI:Dekat surau x payah bagi salam kalau x de orang..kalau balik rumah kita..x de orang..beri salam..kalau dekat masjid x payah..sunat kita tahyat masjid..kalau ada orang dalam majlis..beri salam perlahan..jangan kuat2..ada adab2nya..x boleh beri salam kepada orang yang tengah sembahyang..

Soalan No.25:Apakah hukum menghasut orang?

Jawapan UAI:Tidak boleh..menghasut orang ni tidak baik..sekarang ni banyak penghasut2..dia post dalam fb..hasut orang ramai lepas tu orang bergaduh..dia lari..dia punya pasal orang ni maki orang..orang tu maki orang ni..dia yang admind..ramai macam tu..dapat masuk neraka free je..dosa kita x terpikul dah..

Soalan No.26:Kenapa Allah cipta syurga neraka?

Jawapan UAI:Ikut suka dia lah..harta dia..tidak ada Allah cipta satu2 itu sia2..Allah cipta syurga tu untuk orang beriman..Allah cipta neraka itu untuk orang yang tidak mahu beriman..

Soalan No.27:Kita ada janggut dah tapi akhlak tidak baik..macam mana tu?

Jawapan UAI:Akhlak ni bukan janggut..bukan kopiah..bukan jubah..bukan serban..akhlak ni dari dalam..bini kita pakai tudung dah..derhaka lagi ke laki..nabi suruh cari yang beragama..kita duduk faham agama tu bertudung..maksud beragama tu akhlak mulia..

Soalan No.28:Solat jamak qasar bila masa boleh lakukan solat tersebut jika sudah keluar rumah?

Jawapan UAI:Kita duduk ampang jaya nak pergi ke johor..lepas ampang jaya..sungai besi..dekat sungai besi..dekat sungai besi sudah boleh..kita kena keluar dari ampang jaya..kena keluar dari mukim..kalau ada taman banyak..tidak ada putus2 taman..keluar daripada taman kita..orang azan..boleh jamak qasar..jangan jamak dalam taman kita..rumah kita..jimak boleh..
Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor.

Soalan No.29:Boleh x guna makhluk jin..salah atau tidak..apakah kesannya?

Jawapan UAI:Jin ada baik ada jahat..ada kafir ada beriman..manusia ada baik ada jahat..ada beriman ada kafir..maka nabi kata jin islam saudara kamu..bila jin islam saudara kita..boleh x kita berabaik2 dengan dia..jumhur ulama' melarang..kerana kita x dapat pastikan sebab jenis jin dia boleh tengok kita tapi kita x dapat tengok dia..jadi boleh jadi tipu kita..boleh jadi dia jin kafir tapi menyamar jin islam..dalam yang kita nampak ni pun dalam surat khabar tipu siang malam..tu orang..dah kalau jin..
Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor.

Soalan No.30:Iman x dapat diwarisi dari ibu ayah yang bertaqwa..apakah gelaran ucapan ini?

Jawapan UAI:Ni kena tanya raihan lah..iman memang x boleh diwarisi..sebab tu Nabi SAW..bapak saudara nabi kafir..anak Nabi Nuh x ikut Nabi Nuh..adakah kita nak cakap Nabi Nuh x pandai ajar anak?..ada sahabat mak bapa kafir..anak islam dah..ada sahabat yang anak masuk islam tapi ayah x nak masuk islam..ia bukan diwarisi..yang waris adalah harta..

Soalan No.31:Berdosa x orang kafir yang tidak tahu mengenai islam?

Jawapan UAI:Orang kafir tu memang berdosa..kafir tu dosa yang paling besar..orang islam yang x tahu islam pun berdosa sebab kita cuai lalai..kita yang tua2 pun x tahu hukum sembahyang..orang kafir yang x tahu tentang islam ulama masukkan sebagai umat fitrah..umat fitrah mereka tidak diazab didalam neraka..

Soalan No.32:Apakah hukum muslimat sembahyang tanpa pakai telekung?..sah atau tidak solatnya?

Jawapan UAI:Syarat sah sembahyang bukan pakai telekung tapi tutup aurat..perempuan dalam sembahyang hanya boleh nampak muka dan dua pergelangan tangan tapak dan belakang..
Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor.

Soalan No.33:Masa tahiyyat..jari telunjuk tidak diangkat..apakah hukumnya?

Jawapan UAI:Jari ni angkat..sunat..bukan rukun..sunat kita letak tangan kiri dihujung peha kiri..hujung jari sama dengan lutut..dan sunat kita letak tangan kanan diatas peha kanan..digenggam 3 jari..jari telunjuk tidak digenggam..jari ibu ikut hadis letak ditepi jari telunjuk..anjuran ini sunat bukan rukun syarat atau wajib..jangan pusing2 jari tu..masuk dalam kitab feqah kata bermain dengan jari itu membatalkan sembahyang..

Soalan No.34:Apakah hukum kita pegang anjing?

Jawapan UAI:Hukumnya harus jika perlu..contohnya anjing itu menggigit orang..kita tangkap dia..kita buang..saje2 nak pegang anjing..haram..contoh kita bela untuk jaga kebun durian kita..contoh kebun kita tu jauh diseremban..disenawang..kalau x jaga..nanti orang curi..mesti hilang durian kita..upah jaga..jaga pun curi durian kita..jadi kita bela anjing untuk jaga kebun tu..hukumnya harus..kalau bela anjing untuk dijadikan pet..nabi kata 1 hari hilang pahala 1 bukit uhud..dua anjing sunat bunuh..anjing gigit orang makan orang dan anjing gila kerana mendatangkan wabak penyakit..
Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor.

Soalan No.35:Apakah hukum kanak2 perempuan 11 tahun belum baligh sentuh lelaki 40 tahun?

Jawapan UAI:Allah kata atau kamu sentuh wanita..atau wanita sentuh kamu..antara kulit dengan kulit..jadi batal wudhu..aula mastumun nisa disini bukan baligh tapi perempuan yang sudah besar walaupun belum baligh..dalam kitab2 arab 7 tahun..kalau melayu 10 11 sizenye..jadi kalau melayu tu darjah 5 6 tu kira dah besar..tapi kalau dia nampak kecik lagi..walaupun dia sudah 12 tahun..syarat belum baligh..x batal wudhu..tapi kalau baligh tetap batal walaupun besar ayam..

Soalan No.36:Apakah hukum kita tunduk bila jalan didepak orang?

Jawapan UAI:Tujuan menghormati orang lain..bagus..dapat pahala..cuma jangan tunduk hormat lebih sempadan rukuk..rendah rukuk hanya kepada Allah sahaja..

Soalan No.37:Khatib sedang baca khutbah..boleh x kita buat solat sunat?

Jawapan UAI:Boleh..solat sunat tahyatul masjid sahaja yang boleh..yang lain2 x boleh..dan sembahyang itu hendaklah cepat2 untuk dengar khutbah pulak..

Soalan No.38:Apakah caranya untuk kita berlapang dada untuk terima teguran?

Jawapan UAI:Bila orang tegur kita..kira rasa sakit hati..rasa komang la orang tegur kita..dengar la baik2..anggaplah teguran itu teguran yang terakhir dan lepas ni x de orang yang nak tegur kita..kalau teguran itu membina..kita terima..kalau teguran itu menjatuhkan kita..kita abaikan sahaja..
Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor.

Soalan No.39:Boleh x kita berubat dengan ayat Quran?

Jawapan UAI:Boleh asalkan penggunaannya betul..kita baca ayat Quran tiup pada air tu..bagi orang minum..perbuatan nabi la tu..nabi ajar cara nabi macam tu la..syaratnya bacalah al Quran dan zikir2 yang lain..

Soalan Terakhir:Bagaimana nak memulangkan duit kerajaan..saya pernah makan duit kerajaan secara haram..

Jawapan UAI:Kena pulangkan balik kepada jabatan itu sendiri..kalau mung kerja jabatan pertanian..jangan pulangkan kepada jabatan pendidikan..x wajib beritahu jikalau mendatangkan mudarat kepada kita..pulangkan sahaja..

Surau Ehsaniah Lembah Jaya Utara Ampang Selangor.






0 Response to "Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus, Dipersilakan Share Untuk Semua"

Post a Comment