Sesuai untuk Mengerat "Kuku" Pada Hari2 Berikut Yang Ramai Masih Tak Tahu





Related image




Potong Kuku Ikut Turutan
Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya –
barang sesiapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu
– Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat
dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad
– Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk
kemiskinan.

Hari Isnin
– Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa
– Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu
– Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk
kepadanya kepapaan

Hari Khamis
– Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk
kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat
– Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada
hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
rahmat daripada Allah S.W.T

Jadi, Kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah dan bukannya ke tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

SUMBER : DARIPADA PAPAN BULETIN SURAU TAMAN …..

PERCAYA atau TIDAK ? heeee…ntOh aku pun taktau…
tapi orang tua-tua ada cakap kerat kuku elok hari jumaat
sebelum nak pi solat jumaat tuh :)

Ini Jawapan Yang Admin dapat dari website islam.gov

Jawapan

Memotong kuku adalah salah satu daripada amalan sunat yang pernah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan ia  boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat
adalah lebih disyorkan untuk melakukan ibadat dan amalan-amalan sunat.

Oleh yang demikian, adalah sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Petikan yang dinyatakan oleh saudara/ri itu bukanlah dari nas al-Quran mahupun hadis.
Wallahua’lam

Gambar hiasan
Sumber








0 Response to "Sesuai untuk Mengerat "Kuku" Pada Hari2 Berikut Yang Ramai Masih Tak Tahu"

Post a Comment