Tuesday, 9 January 2018
Pelakon Malaysia Yang Dulu Seksi Kini Mendapat Hidayah Allah. No 7 Sangat Seksi Dahulu Kini Alhamdulillah
Alhamdulillah, satu fenomena penghijrahan artis-artis di Malaysia dari terlalu lalai kepada lebih menjaga adab sopan dan menutup aurat mengikut tata cara Islam. Semoga kamu semua dapat istiqomah (maintain) dan tabah menghadapi ujian dan cabaran.
Abaikan saja mulut-mulut celupar yang suka mengejek dan memaki hamun. Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w pun diejek dan dibenci oleh orang-kafir walaupun mereka tahu bahawa akhlak Nabi mulia tiada bandingan, apatah lagi kita zaman sekarang. Semoga kita dapat memberi semangat dan mengalu-alukan mereka yang mendapat hidayah dan mahu berubah ke arah Islamik, bukannya menjadi pencaci dan pembenci, na’uzubillahi min zaalik.
1 – Pierre Andre
Pierre Andre (lahir 1985) adalah seorang pelakon Malaysia. Wataknya sebagai Reza dalam filem Gol & Gincu 2005 adalah peranan utama pertamanya. Sejak itu beliau telah muncul dalam filem-filem lain dan siri TV, juga menulis skrip, dan mengarahkan filem pertamanya.
Tahun 2006 dalam Festival Filem Malaysia ke 19 memenangi Pelakon Harapan. Tahun 2007 dalam Festival Filem Malaysia ke 20 menang sebagai Pelakon Terbaik dan tahun 2012 dalam Anugerah Skrin 2012, menang Anugerah Yasmin Ahmad.
Ketika menerima trofi dalam Anugerah Skrin 2012, Pierre telah mengucapkan beberapa kata-kata yang telah menggetarkan banyak jiwa.
“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya.
“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘La ilaaha illallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.
Dia telah mula mengikuti Jemaah Tabligh 4 bulan sebelum majlis itu.
2 – Abby Abadi
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan lahir pada 1 Disember, 1977, adalah seorang pelakon Malaysia yang membintangi drama polis popular, Gerak Khas. Beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk Pelakon TV Paling Popular pada tahun 2000, 2001, 2002, dan 2003.
Abby adalah anggota kumpulan Elite, sebelum meninggalkannya pada tahun 1998. Beliau menyertai rancangan TV Roda Impian semasa musim kedua, sebagai hos bersama.
Abby berkahwin dengan pelakon Norman Hakim (Inspektor Haris), pada tahun 2002. Norman dan Abby telah disahkan bercerai (talak satu) di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada tahun 2008 selepas mereka bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.
Kunjungan Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 – 6 Mac 2012 telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang dari Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen .. tak apa lah, sebab saya sayangkan agama saya.” MasyaAllah, itulah kata-kata Abby ketika berucap di pentas PAS anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah pada 26 Jun 2012.
3 – Alyah
Noor Hasliah Abu Hasan (32) atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.
Kunjungan penyanyi Alyah ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 27 Mac – 11 April 2013 telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.
“Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.” [mStar Online]
4 – Farah Asyikin
Farah Asyikin binti Zulkifli (lahir November 11, 1979) ialah seorang penyanyi dan komposer Malaysia yang meraih tempat ketiga dalam musim kedua pertandingan Malaysian Idol pada tahun 2005 dan tempat kelima dalam pertandingan One in a Million tahun berikutnya.
Sebenarnya, Farah sudah lama menceburi bidang hiburan sebelum menyertai pertandingan nyanyian TV pada pertengahan 2000-an. Pemegang Diploma Lanjutan Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing ini menjayakan iklan TV pertamanya seawal usia 16 tahun iaitu iklan snek Twisties. Beliau mula dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single Kembali Lagi Di Sisimu menerusi album kompilasi Bebas yang dihasilkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet.
Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi itu untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya. Dia akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari 2012.
Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.
“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.
“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi. [murai.com.my]
5 – Fiza Halim
Pelakon dan juga merupakan bekas anggota kumpulan sensasi 90-an, Elite, Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite menunaikan hasratnya dengan kini tampil bertudung penuh sejak 6 Jun 2013. Berita itu diumumkan melalui akaun Instagram. [limauais.com]
Fiza yang juga sekarang berstatus ibu tunggal, pernah berlakon dalam filem Getaran, Nana Tanjung 2 dan Cinta U-Turn.
“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” kata Fiza ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011.
Fiza mendapat hidayah Allah menerusi mimpi dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.
Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat. Bahkan bila masuk saja solat fardhu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.
Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak berzikir. “Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.
“Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak,” cerita Fiza. Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
“Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.”Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu.
Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.”Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu,” kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor. [addin77.blogspot.com]
6 – Irma Hasmie
Irma Hasmie Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie lahir pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).
Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.
Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.
Pada 29 June 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Syah Reza AzmeeRedza. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
Irma telah mengambil keputusan untuk mula bertudung setelah pulang dari menunaikan umrah di tanah suci. Beliau kini juga menjadi pengacara di TV AlHijrah.
7 – Raja Farah
Raja Farah Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988), merupakan seorang pelakon dan juga model. Dia di lahirkan di Kuala Lumpur. Anak ketiga dari empat beradik ini berketurunan Raja Jembal dari Kelantan.
Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.
Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskandar dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Beberapa filem lakonannya seperti Salon, Akuarium Cinta, Anak Halal, Apa Kata Hati, Lagenda Budak Setan, Aku Masih Dara dan Haq.
8 – Sharifah Sofia
Sharifah Sofia binti Syed Hussein (lahir 28 julai 1985), adalah seorang pelakon Malaysia. Beliau dilahirkan di Liverpool, England.
Antara filem-filem yang pernah dilakonkannya ialah Gong (2006), Cinta Yang Satu (2007), Orang Minyak (2007), Pisau Cukur (2009) dan Berani Punya Budak (2009).
Sharifah mula bertudung sejak 1 Julai 2012. Dia pernah dihalau dari sebuah disko kerana masuk ke situ dengan keadaan berhijab. Sejak dari itu, dia mula membaca buku-buku agama dan mula faham bahawa lebih baik dia menjauhkan diri dari tempat-tempat hiburan sebegitu.
“Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini ‘kosong’ tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib,” ujarnya.
9 – Ummi Nazeera
Ummi Nazeera Nur Hidayah bte Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Ummi Nazeera ialah seorang pelakon wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Dia memulakan kerjayanya dalam layar perak pada tahun 2010 menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie sebagai artis jemputan, memegang watak Syarifah.
Pada tahun 2011 pula, dia masuk ke dalam pasaran filem antarabangsa menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan memegang watak Embok. Dan satu filem popular lagi yang dia turut berlakon ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan memegang watak Cik Nin.
Ummi Nazeera dikatakan baru lagi berhijrah ketika post ini ditulis. Dan ketika ini dia baru saja tamat pengajiannya di Australia.
Diberitakan bahawa gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram beliau semuanya sudah tiada, dan hanya ada gambar yang menutup aurat sahaja. Begitu juga dia sentiasa berkongsi perkara-perkara yang islamik.
10 – Siti Nordiana
Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana, adalah seorang penyanyi Malaysia. Nana berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mula menceburi bidang seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun dan telah meluncurkan 5 buah album studio secara solo. Beliau dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop Melayu dan juga tradisional.
Salah satu lagunya yang evergreen yang meletupkan namanya suatu ketika dulu ialah ‘Kasihmu Seakan Berubah’.
Selepas berhijrah, antara kata-katanya yang boleh kita jadikan iktibar ialah, “Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik.”
11 – Ana Raffali
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar.
Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single ‘Hujan Bunga di Kuala Lumpur’ di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, ‘Ketika Aku Kecil’ yang telah keluar pada April 2010.
Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan. [Wikipedia]
“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kata Ana Raffali mengenai keputusannya untuk bertudung.
“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.
Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.
“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.
“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.” [GUA]
12 – Diana Amir
Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, lahir pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England. Dia berasal dari Johor Bharu, Johor, Malaysia. Dia mendapat pendidikan hingga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Diana pernah berlakon dalam filem-filem seperti 3, 2, 1 Cinta, Senario The Movie: Ops Pocot, Keramat, 7 Petala Cinta, 3 Temujanji, X, Aku Masih Dara, Salam Cinta, Pe3 dan Strawberi Cinta.
Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat dalam masa 3 bulan.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya pada 22 September 2011.
– Leina Hangat juga sudah berhijab
p/s: Terlalu ramai dah artis Malaysia yang berubah ke arah kebaikan dan lebih Islamik, bagaimana pula dengan peminat-peminat? Masih mahu menjalani hidup yang penuh glamour dan seakan-akan artis, walaupun anda sebenarnya BUKAN artis pun. 😀
Sekurang-kurangnya bagi seorang wanita sebagai contoh, jalanilah kehidupan dengan menutup aurat dengan betul agar diri anda tidak menjadi punca naiknya syahwat para lelaki. Sedangkan tok imam pun boleh terbeliak biji mata tengok wanita seksi, apatah lagi orang lain. Maka jangan lah menjadi punca atau penggalak kepada nafsu serakah orang lain. Kerana itulah ada hikmahnya Islam mewajibkan kita semua menutup aurat dengan betul. 🙂
sumber buletin kampung
Kredit – petuaviral the best!
0 Response to "Pelakon Malaysia Yang Dulu Seksi Kini Mendapat Hidayah Allah. No 7 Sangat Seksi Dahulu Kini Alhamdulillah"
Post a Comment