Pasangan Bahagia Takkan Tunjuk Kehidupannya Di Media Sosial





Image result for prof muhaya


Sekiranya dahulu, kebanyakkan orang mengambil gambar adalah bertujuan untuk dijadikan kenang-kenangan pada tahun-tahun yang mendatang.

Namun kini, zaman telah berubah, boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan mengambil gambar-gambar baru, tetapi bukanlah bertujuan untuk dijadikan kenang-kenangan, sebaliknya ianya diambil untuk dijadikan tayangan kepada rakan-rakan kita di laman media sosial.

Setiap pengguna di mana-mana laman media sosial pastinya akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan yang kerap menayangkan momen-momen bahagia mereka bersama kekasih mereka. Namun, persoalannya, adakah mereka benar-benar bahagia?

1. Kerap menayangkan momen bahagia sebenarnya tidaklah sebahagia mana


Pasangan yang benar-benar bahagia jarang tayang kehidupan mereka di media sosial


Orang yang kerap menayangkan momen-momen bahagia mereka sebenarnya tidak cukup bahagia kerana selalunya mereka ini mendambakan perhatian daripada rakan-rakan mereka untuk membuatkan mereka dilihat seperti benar-benar bahagia.

2. Terlampau fokus sehingga terlupa


Pasangan yang benar-benar bahagia jarang tayang kehidupan mereka di media sosial



Disebabkan mereka ini terlalu fokus mengerjakan sesuatu yang disukai mereka, dalam konteks ini bermaksud bahagia, mereka lebih cenderung untuk tidak mengambil gambar untuk dikongsikan ke laman media sosial. Cuba anda fikirkan balik, sekiranya anda tengah bosan berada di pejabat, apakah yang anda akan lakukan? Bermain dengan telefon bukan? Tetapi sekiranya anda betul-betul fokus dengan kerja anda di pejabat, pastinya anda akan terlupa untuk melihat telefon anda.

3. Tidak cerita masalah di media sosial


Pasangan yang benar-benar bahagia jarang tayang kehidupan mereka di media sosial


Pasangan yang tidak menceritakan masalah mereka di Facebook didapati kekal bersama lebih lama berbanding dengan pasangan yang suka mengadu di Facebook.

4. Cari perhatian semata-mata


Pasangan yang benar-benar bahagia jarang tayang kehidupan mereka di media sosial


Adakah anda mencari kebahagian bersama-sama dengan pasangan anda ataupun anda sebenarnya mencari kebahagian dengan mendapat likes dan komen daripada rakan-rakan anda.

5. Tiada apa yang perlu dibuktikan


Pasangan yang benar-benar bahagia jarang tayang kehidupan mereka di media sosial


Pasangan yang bahagia selalunya tidak mempunyai apa-apa yang mahu dibuktikan kepada orang lain di luar sana. Mereka happy dengan life mereka.








0 Response to "Pasangan Bahagia Takkan Tunjuk Kehidupannya Di Media Sosial"

Post a Comment