السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ayat ‘Bismillah Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan malamnya.
1. Sesiapa membaca ‘Bismillah Dua Puluh’ selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan memerdekakan hamba sahya.
2. Bacalah satu kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali atau sekurang-kurangnya bacalah setahun sekali. InsyaAllah akan :
-Dibukakan pintu bahagia
-Ditutupkan pintu derit
-Terpelihara daripada mati terkejut
-Terhindar daripada azab kubur
-Selamat melalui titian sirat
-Dilindungi daripada panas Padang Mahsyar
السَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Baca Juga: DOA RAWATAN DEMAM CAMPAK
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk.
Gejala penyakit:
-Demam dengan suhu yang tinggi serta selsema
-Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
-ruam tumbuh pada tubuh badan
-rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh
Pada kebiasaannya cara mengurangkan demam campak dengan memberi mandi dengan daun semambu yang selalu digunakan sejak dahulu lagi. Dengan meramas daun-daun dan dimandikan.
Insyaallah cara ini pun dapat mengurangkan demam campak serta diberi minum air kelapa muda untuk mengeluarkan campak dari badan.
Kali ini cara perubatan Islam untuk menurunkan panas badan pesakit dan mengeluarkan segala campak di badan. Insyaallah ikut amalan ini:
Tiupkan bacaan berikut di atas air atau kelapa muda dan diberikan minum kepada pesakit.
1. Membaca Surah Al-Fatihah - 1x.
2. Bacalah Salawat Syifa - 1x.
3. Baca Ayat 21 hingga 24 surah Al-Hasyr - 1x.
Sekiranya campak tidak keluar dengan habis juga. Lakukan kaedah ini dan ulangkan dengan mengikut kaedah dan susunan doa-doa tersebut.
Wasallam.
0 Response to "KELEBIHAN SERTA MANFAAT - BACAAN BISMILLAH DUA PULUH"
Post a Comment