FENOMENA cuaca sejuk melanda negara sejak beberapa hari lalu, memberikan pengalaman baru kepada penduduk Rengit, Batu Pahat Johor yang turut menyaksikan air hujan bertukar menjadi air batu.
Menurut seorang jurujual kereta terpakai, Mohd Sharizan Ambok Ngah, 32, beliau pada asalnya menyangka terdapat longgokan sampah berwarna putih seperti kapas di tiang hadapan rumahnya di Taman Damai Rengit.
“Saya mula-mula fikir, ada sampah di tepi tiang rumah, nampak putih macam kapas yang lembut. Tapi bila dipegang rupa-rupanya air batu,” katanya.
Beliau yang mengakui terkejut mendakwa kejadian itu berlaku sejak dua hari lalu, di mana titisan air hujan yang jatuh di atas permukaan lantai yang sejuk dipercayai mungkin menyebabkan ia bertukar kepada air batu.
“Sampai sekarang ais tu masih ada lagi, tapi dah mula mencair. Mungkin sebab dua hari lalu suhu sejuk sehingga 21°C hari ini suhu dah naik kepada 24°C,” katanya.
Media tempatan sebelum ini melaporkan cuaca sejuk luar biasa melanda kebanyakan daerah di sekitar selatan Semenanjung Malaysia, menyaksikan suhu serendah 21°C di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Kejadian itu dilaporkan berpunca dari hujan lebat yang turun sejak beberapa hari sekaligus menyebabkan suhu persekitaran kawasan turun secara mendadak.
Sumber: EdisiRakyat.com 14 Januari 2018
Adakah MALAYSIA BAKAL DILANDA SALJI?
Maka ramailah dilaporkan ‘berselimut’ ke tempat kerja atau ke sekolah pada waktu pagi dek cuaca sejuk luar biasa ini. Sesetengahnya ambil peluang bergaya dengan baju sejuk atau sweater ke tempat kerja.
Pada waktu malam pula, tak perlu lagi menghidupkan pendingin hawa sehingga berjam-jam lamanya. Cuaca sejuk di luar sudah mencukupi.
Setelah beberapa kawasan di negara ini ‘dilanda’ cuaca sejuk luar biasa, timbullah pula cerita Malaysia bakal menerima salji. Kalau negara sepanas Mesir boleh menerima salji, tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia.
Bagaimanapun realitinya hanyalah satu mimpi untuk melihat salji di Malaysia.Di tanah tinggi Genting Highlands dan Cameron Highlands yang sejuk sepanjang tahun belum pernah dilaporkan salji turun.
Hujan salji hanya berlaku di negara beriklim sejuk dan sederhana di hemisfera utara dan hemisfera selatan yang mengalami cuaca di bawah paras 0 darjah Celsius.
Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa dan hanya ada dua musim – panas dan hujan. Cuacanya pula lembap dan panas sepanjang tahun. Jabatan Meteorologi sudah menjelaskan. Mustahil bagi negara seperti Malaysia dan Indonesia menerima salji kerana suhu yang dicatatkan adalah tinggi sepanjang tahun.
Suhu udara ‘sejuk luar biasa’ yang berlaku sejak beberapa hari lalu berpunca daripada tiupan angin timur laut yang agak kencang dari Tanah Besar China. Negara itu pada masa ini masih mengalami musim sejuk. Tempiasnya sedikit terbabas ke negara ini.
Litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia membantu merendahkan lagi suhu pada awal pagi dan waktu malam. Seronok juga kalau Malaysia ada musim salji. Rakyat tidak perlu bersusah-susah lagi ke London bagi menikmati cuti musim sejuk atau merasai pengalaman Winter Sonata di Korea.
Dengan cuaca di Malaysia termasuk suhu politik yang ‘panas’ sepanjang tahun, alangkah bagusnya kalau ada salji.
Lebih ramai yang menghabiskan masa berkualiti di rumah bersama keluarga berbanding di luar.
Sekurang-kurangnya menonton Liga Perdana Inggeris atau rancangan realiti televisyen Running Man sambil pekena ubi kayu dengan kopi panas.
“Kelmarin, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang turut menerima amaran cuaca waspada, dengan angin kencang, laut bergelora dan kenaikan aras laut. Bagaimana pun, amaran itu telah ditamatkan pagi Sabtu,” katanya.
“Cuaca sejuk ini dijangka berlarutan sehingga dua hari lagi. Kebiasaan Kedah berdepan cuaca panas dan terik. Minggu ini penduduk Utara Kedah dapat menikmati suasana agak dingin, terutama pada waktu malam,” katanya.
Harap-harap kalau ada salji tak ramai lagi orang berkhemah atau berhimpun di Dataran Merdeka kerana mahu ‘melepaskan perasaan’ di tengah-tengah malam buta kerana tak tahan dengan sejuk yang mencucuk-cucuk! Okay cukuplah berangan. Selamat bercuti esok!
Sumber: ceritapress.today
0 Response to "GEMPAR!! DARI AIR HUJAN BIASA TUKAR JADI AIR BATU DI BATU PAHAT JOHOR"
Post a Comment