Friday, 5 January 2018
ALLAHUAKBAR !!! FAHAMI HASUTAN SYAITAN MENYEBATKAN UMAT ISLAM BANYAK CERAI..TETAPI BETAPA GEMBIRANYA IBLIS.
Dalam Islam, perceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan namun sangat dibenci oleh Allah SWT. Perceraian merupakan salah satu misi terbesar iblis terhadap umat manusia. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dikisahkan tentang berbagai macam cara pasukan iblis menggoda manusia namun ditanggapi dingin oleh Iblis. Namun ketika pasukannya melaporkan mengenai kejayaannya membuat pasangan suami isteri bercerai, maka iblis pun mendekatinya dan memujinya.
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air kemudian dia menghantar pasukannya. Maka yang paling disukainya adalah yang paling besar fitnahnya. Lalu datanglah salah seorang pasukannya melapor,” aku telah melakukan ini dan itu. “Iblis menjawab,” Kamu belum berbuat apa-apa. “Lalu datanglah pasukan lain melapor,” aku tidak membiarkannya hingga aku menceraikan dia dan isterinya. “Iblis pun mendekat kepada pasukan itu dan memujinya,” bagus. “(HR. Muslim)
Hendaknya dari apa yang dijelaskan hadis ini dapat menjadi bahan renungan bagi kita semua agar dapat menguatkan keluarga. Iblis dan pasukannya tidak akan pernah tinggal diam ketika sebuah keluarga bahagia, harmoni dan mencapai keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Pelbagai cara akan dilakukannya agar keluarga yang harmoni menjadi hancur, timbul perselisihan dan saling menderita. Dengan segala tipu dayanya, iblis dan pasukannya berusaha membuat keluarga bahagia menjadi tidak rukun dan porak peranda.
Usaha yang dilakukan iblis terangkum dalam dua dimensi godaan, dimana iblis dan pasukannya menghembuskan benih-benih negatif kepada kita, dan di masa yang sama, syaitan dari kalangan manusia ikut membantu dengan menghembuskan isu serta menghasut kita. Misalnya ada seseorang yang mengadu, “Kak, kemarin saya lihat suami mbak sedang asyik berbual dengan perempuan di dekat taman perumahan.”
Ketika mendengar hal itu, dengan serta-merta iblis akan menghembuskan hasutannya, “itu tanda bahawa suamimu sedang mendekati perempuan lain, jangan-jangan dia curang dengan perempuan itu.” Kemudian si isteri termakan hasutan iblis dan munculah kecurigaan. Lalu dari kecurigaan timbul prasangka terhadap suaminya. Padahal, sebenarnya suaminya sedang membantu menjelaskan alamat rumah yang dituju oleh perempuan itu.
Seterusnya iblis akan menghasut dengan lebih kuat lagi, dan akhirnya membuat si isteri menjadi kurang percaya pada suaminya, hingga akhirnya terjadi perdebatan antara keduanya. Sang isteri yang terhasut godaan syaitan mula menampakkan sikap yang berbeza, ia mula menjadi bersikap tidak manis pada suaminya, membantah perkataan suaminya dan seterusnya.
Tidak hanya menghasut sang istri, pasukan iblis juga akan menghasut suaminya. Mereka akan membisikkan bahawa sang isteri telah berubah, mungkin ia sudah tidak cinta lagi, atau mungkin justru dialah yang sedang berselingkuh dan seterusnya. Hingga akhirnya ketika suami dan isteri sudah mula tidak saling percaya dan saling curiga, masalah kecil pun boleh mencetuskan pertengkaran yang hebat. Bertemu dengan pasangan terasa menjadi semacam seksaan bagi mereka. Dengan demikian akan terfikir untuk bercerai dengan pelbagai alasan.
Ketika suami isteri tersebut telah bercerai, maka saat itulah pasukan iblis melaporkan kejayaan nya, “aku telah membuat mereka bercerai.” Dan iblis pun lalu memujinya, “bagus.” Kemudian mereka akan bergembira di atas penderitaan yang dirasakan dua insan yang sebelum ini hidup bersama penuh cinta.
Perceraian merupakan suatu perkara yang sangat di benci oleh Allah SWT namun sangat membahagiakan bagi Iblis. Oleh sebab itu, jagalah hubungan yang baik antara suami dan isteri. Jangan biarkan iblis bersuka cita dan bersorak gembira apabila berjaya menggoyahkan keharmonian keluarga kita.
sumber: tazkirahustazkazim
0 Response to "ALLAHUAKBAR !!! FAHAMI HASUTAN SYAITAN MENYEBATKAN UMAT ISLAM BANYAK CERAI..TETAPI BETAPA GEMBIRANYA IBLIS."
Post a Comment