Monday, 8 January 2018
6 Sebab Kenapa Kita Perlu Berhati-hatilah Dengan Siapa Kita Berkongsi Cerita
(*)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
(*)Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
(*)Sahabat yang di rahmati Allah,
(*)Ada beberapa sebab mengapa kit a harus berhati-hati dalam berkongsi cerita terutamanya jika ia berkaitan aib sendiri.
(*)1. Kita tidak tahu hati manusia. Hanya Allah Maha Mengetahui.
(*)2. Orang tersebut mungkin musuh dalam selimut.
(*)3. Kita bersangka baik berkongsi cerita untuk kebaikan tetapi mungkin orang lain menganggapnya berbeza. Ya, berbeza pandangan dan prinsip, mungkin...
(*)4. Rakan tersebut memang suka bergosip, jika kebaikan tak mengapa. Tetapi bila berkongsi cerita aib, amat berbahaya!!
(*)5. Musuh agama kita yang suka lihat kita hancur. Ini sangat bahaya. Jangan jadikan orang kafir sebagai tempat anda berkongsi cerita sulit terutamanya tentang strategi orang muslim meningkatkan taraf hidup. Ini memang sudah terbukti orang kafir suka melihat kejatuhan muslim di seluruh dunia.
(*)Ingat tak Allah berfirman dalam surah al-Kafiruun, "bagimu agamamu. Dan bagiku agamaku."
(*)Berhati-hatilah dengan orang-orang kafir.
(*)6. Jangan berkongsi cerita dengan orang2 munafik.
(*)Ada banyak lagi sebab musabab kita harus berhati-hati dalam berkongsi cerita. Sekiranya anda sekadar berkongsi tentang polisi dan prinsip biasa bidang pekerjaan, itu tidak mengapa kerana secara umum konsep dan asas dalam perniagaan adalah sama. Tetapi bila tiba bab strategi, untung rugi dan hal yang lebih teknikal, berhati-hatilah. Pilih orang yang betul dan tepat.
(*)Apatah lagi jika anda berkongsi tentang masalah peribadi, hal rumahtangga dan masalah keluarga, pilihlah orang yang layak dan memang terbukti pandai menyimpan rahsia. Lihat rakan sekelilingnya dan dengan siapa dia bergaul. Lihat juga perkataan-perkataan yang lahir dari mulutnya.
(*)Semoga secebis perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua supaya tidak terus di aniayai oleh orang yang ingin melihat kita rebah tersungkur.
(*)P/S : Sebaik-baik tempat mengadu dan anda berserah hanyalah Allah SWT.
0 Response to "6 Sebab Kenapa Kita Perlu Berhati-hatilah Dengan Siapa Kita Berkongsi Cerita"
Post a Comment