Rupanya Bahaya Kalau Bagi Orang Guna Atau Suka Cuba Lipstik Di Kedai, Lepas Ini Sila Beringat!








Kaum wanita selalunya kerap meminjam atau menukar produk kecantikan terutamanya lipstik. Kebanyakan wanita kadang suka meminjam atau mencuba pelbagai lipstik di kedai untuk mendapatkan warna bibir yang mereka idami. Lagi teruk kalau jenis main sapu yang kawan punya tanpa meminta izin.

Tolong ya, perkara ini mempunyai kesan yang buruk. Ini kerana tekstur lipstik yang lembap menjadikan bibir adalah tempat yang sempurna bagi bakteria untuk membiak dan berkembang.


Image result for bakteria


Jadi tak payahlah baik hati untuk pinjamkan lipstik kepada orang lain, sila beringat sebab ini memudahkan bakteria dari lipstik berpindah dari satu bibir ke bibir yang lain.

Di dalam bibir terdapat pembuluh darah yang sangat luas di permukaan kulit yang sangat halus. Walaupun lipstik kepunyaan kita sudah digunakan oleh orang lain ketika beberapa minggu yang lepas, ternyata bakteria dan virus masih terdapat di dalam lipstick itu sendiri.

Dan jika anda menggunakan semula listik tersebut, ini membolehkan anda dijangkiti penyakit berjangkit seperti bibir pecah, bibir menggelupas dan lain-lain.

Jadi wanita-wanita, sila beringat sebelum penyakit singgah!

sumber : limaumanis








0 Response to "Rupanya Bahaya Kalau Bagi Orang Guna Atau Suka Cuba Lipstik Di Kedai, Lepas Ini Sila Beringat!"

Post a Comment