SEMBAHYANG HAJAT SERTA KUMPUL DI KUBUR ? INI PENJELASANYA








Kenapa Penduduk Kampung Ni Solat Hajat Di Kubur ? Puncanya Amat MENAKUTKAN
Sekumpulan 200 orang penduduk kampung di Kelantan telah menunaikan solat hajat di kawasan kubur. Bila diselidiki, puncanya amat menakutkan. Mana taknya selama beberapa malam mereka telah….

SOLAT HAJAT DAN TAHLIL
Penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal memohon kerahmatan dan keampunan ALLAH susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.





Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar.

Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna pagi ini.

MISTERI SUARA GHAIB DARI KUBUR

“Tentang suara ghaib yg didengari penduduk itu, jika benar itu semua kuasa dan hikmah ALLAH S.W.T.

“Ianya boleh ditafsirkan sebagai satu mesej dan peringatan kepada hamba Allah yang masih hidup agar mencari keredhaan, menggandakan amal soleh serta sentiasa mendoakan keampunan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah,” katanya.

HIKMAH KEJADIAN

Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmah kerana pagi ini ramai ahli keluarga menziarahi pusara, luar biasa pada kelazimannya.





“Saya juga ada umumkan tentang tapak perkuburan yang baru, ianya nanti dapat memuatkan lebih banyak jenazah dan lebih tersusun untuk urusan pengkebumian jenazah di tanah perkuburan ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Khalifah Mail Online






0 Response to "SEMBAHYANG HAJAT SERTA KUMPUL DI KUBUR ? INI PENJELASANYA"

Post a Comment